Tuesday, April 02, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 pada 2-April-2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019  pada 2-April-2019

Full Video here: https://youtu.be/s7EmC_TOjTA

Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019.

Tuan Speaker,

Saya mendengar dengan teliti ucapan Menteri Kewangan memaklumkan kepada Parlimen untuk kelulusan RM19.6 billion untuk menampung kekurangan dalam bajet 2018.

3 perkara yang dinyatakan iaitu RM6 billion utuk perkara yang tidak disediakan peruntukan dalam bajet 2018, RM4 billion untuk hutang off-balance sheet dan RM1.1 billion untuk Private Finance Initiative (PFI) payment.

Ketiga-tiga perkara ini ialah urus-tadbir yang buruk oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.  Hutang off-balance sheet seperti skandal 1MDB dan SRC International Sdn Bhd ini merupakan contoh buruk dalam penyediaan bajet.

Tuan Speaker,

Menurut Open Budget Survey tahun 2017 yang dilaksanakan oleh International Budget Partnership, tiga kriteria dijadikan kayu-ukur terhadap urus-tadbir bajet yang baik iaitu Telus, Penyertaan Awam dan Pemantauan Bajet. Malaysia di belakang negara ASEAN lain seperti Thailand, Filipina dan Indonesia di kategori Telus dan Pemantauan Bajet.

Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Filipina dari segi penyertaan awam.
Survey ini dilakukan pada tahun 2017 semasa Barisan Nasional memerintah.

Tuan Speaker,

Kerajaan perlu melakukan usaha untuk mempertingkatkan urus-tadbir yang baik dari segi penyediaan bajet dan pemantauan bajet.

Menurut buku “Parliamentary Budgeting and Transparency in ASEAN Member States” diterbitkan oleh ASEAN Inter-Parliamentary Association, antara cadangan penambahkaian yang boleh dilakukan ialah

(  1)  Laporan pelaksanaan bajet secara berkala – samada bulanan atau 3 bulan dengan butiran seperti hasil dan perbelanjaan.

(   2)   Kajian separuh tahun untuk bajet. Parlimen Indonesia telah melakukan kajian separuh tahun untuk bajet.

Kedua-dua cadangan ini boleh dilaksanakan untuk meningkatkan urus-tadbir yang baik untuk penyediaan bajet dan pemantauan bajet.

Contohnya: Kerajaan Barisan Nasional hanya tinggalkan RM450 juta dalam Akaun Hasil Disatukan pada 30-4-2018 kepada Kerajaan Baru. Pada 31-12-2017 akaun tersebut mempunyai RM11.86 billion.  Sekiranya kedua-dua cadangan diamalkan, maka kekurangan tersebut dapat diketahui oleh orang awam serta Ahli Parlimen dengan lebih awal.

Saya menegaskan projek awam hendaklah dilaksanakan secara tender terbuka dan berharap 3 prinsip yang saya sebut tadi Telus, Penyertaan Awam serta Pemantauan Bajet ini boleh dijadikan tunjang kepada bajet pada masa akan datang.

Terima kasih. Tuan Speaker
---------

No comments: